Terms & Conditions
Pertandingan STEM Kiub 3x3x3, SMK Bukit Rangin Kuantan
PERATURAN PERTANDINGAN
-
Peserta perlu menunjukkan kiub rubik yang sempurna susunan warnanya (6 muka) kepada hakim sebelum pertandingan bermula.
-
Para Hakim akan Scramble Kiub ke keadaan sempurna kepada keadaan hancur dengan 25 pusingan (atau lebih) pada Kiub 3x3. Setiap pusingan adalah 90 darjah.
-
Peserta dibenarkan cuba (Testing) hidupkan timer dengan menggunakan 2 tangan letak atas timer sehingga lampu keluar, selepas itu boleh lepaskan tangan untuk pertandingan. Selepas selesai peserta serah Kiub 3x3 kepada keadaan sempurna. Letakkan 2 tangan atas timer untuk memberhentikan masa.
-
Kiub 3x3 dalam keadaan hancur akan ditutup dengan kotak.
-
Peserta dibenarkan memutar kotak dan menyelidik tanpa memusing Kiub dalam masa maksimum 15 saat.
-
Peserta boleh mulakan Timer dan cuba menyelesaikan Kiub kepada keadaan sempurna selepas menyelidik.
-
Peserta yang telah menyiapkan susunan Kiub 3x3 perlu letak 2 tangan di atas timer untuk memberhentikan masa. Sila letak Kiub rubik dalam keadaan sempurna untuk hakim mencatat masa.
-
Jika Kiub yang sempurna didapati ada satu pencerakan diperhatikan melebihi 45 darjah, maka akan tambah penalty 2 saat.
-
Semua peserta mempunyai DUA (2) kali peluang untuk menyelesaikan kiub dan kami akan mengambil rekod terbaik sebagai KEPUTUSAN TERAKHIR.
-
“Cut Off Time” untuk pertandingan Kiub 3x3 adalah 3 minit (180 saat). Kalau Kiub masih tidak dapat disempurnakan selepas masa 3 minit, pertandingan akan diberhentikan dan catat masa dalam Time Sheet dengan rekod 3 minit.
-
Pemilihan pemenang adalah berdasarkan kepantasan dalam menyelesaikan Kiub 3x3 dan juga keadaan permukaan. Setiap permukaan mesti mempunyai warna yang sama.
-
Sebarang isu yang tidak dapat diterima dalam pertandingan akan dibincangkan dalam jawatankuasa teknikal pertandingan sebelum sebarang keputusan diumumkan. Keputusan para Hakim dan Pegawai Teknikal semasa dan selepas pertandingan adalah muktamad.