SYARAT PERTANDINGAN

  1. Penyertaan dibuka kepada semua murid di SK  di Pahang.
  2. Murid hanya perlu selesaikan 6 muka Kiub 3x3x3.
  3. Peserta boleh duduk atau berdiri semasa bertanding.
  4. Semua peserta mempunyai DUA (2) kali peluang untuk menyelesaikan kiub dan kami akan mengambil rekod terbaik sebagai KEPUTUSAN TERAKHIR.

KUIB RUBIK 3X3X3

  1. Kiub rubik yang digunakan dalam pertandingan ini adalah 3x3x3 yang mempunyai 6 warna dan permukaan.
  2. Size Kiub 3x3 adalah antara 4cm hingga maksimum 6cm dan semua jenama Kiub boleh digunakan untuk bertanding.
  3. Peserta boleh menggunakan Kiub Rubik 3x3x3 sendiri. Penganjur juga akan sediakan Kiub untuk dipinjam.
  4. Kiub rubik yang digunakan mesti dalam keadaan yang baik dan tidak diubah suai.
  5. Kiub Lube / Minyak boleh digunakan untuk melicinkan Kiub 3x3x3.
  6. Sebarang kerosakan kiub rubik semasa pertandingan adalah di bawah tanggungjawab peserta.

PERATURAN PERTANDINGAN

  1. Peserta perlu menunjukkan kiub rubik yang sempurna susunan warnanya (6 muka) kepada hakim sebelum pertandingan bermula.

  2. Para Hakim akan Scramble Kiub ke keadaan sempurna kepada keadaan hancur dengan 25 pusingan (atau lebih) pada Kiub 3x3. Setiap pusingan adalah 90 darjah.

  3. Peserta dibenarkan cuba (Testing) hidupkan timer dengan menggunakan 2 tangan letak atas timer sehingga lampu keluar, selepas itu boleh lepaskan tangan untuk pertandingan. Selepas selesai peserta serah Kiub 3x3 kepada keadaan sempurna. Letakkan 2 tangan atas timer untuk memberhentikan masa.

  4. Kiub 3x3 dalam keadaan hancur akan ditutup dengan kotak.

  5. Peserta dibenarkan memutar kotak dan menyelidik tanpa memusing Kiub dalam masa maksimum 15 saat.

  6. Peserta boleh mulakan Timer dan cuba menyelesaikan Kiub kepada keadaan sempurna selepas menyelidik.

  7. Peserta yang telah menyiapkan susunan Kiub 3x3 perlu letak 2 tangan di atas timer untuk memberhentikan masa. Sila letak Kiub rubik dalam keadaan sempurna untuk hakim mencatat masa.

  8. Jika Kiub yang sempurna didapati ada satu pencerakan diperhatikan melebihi 45 darjah, maka akan tambah penalty 2 saat.

  9. Semua peserta mempunyai DUA (2) kali peluang untuk menyelesaikan kiub dan kami akan mengambil rekod terbaik sebagai KEPUTUSAN TERAKHIR.

  10. “Cut Off Time” untuk pertandingan Kiub 3x3 adalah 3 minit (180 saat). Kalau Kiub masih tidak dapat disempurnakan selepas masa 3 minit, pertandingan akan diberhentikan dan catat masa dalam Time Sheet dengan rekod 3 minit.

  11. Pemilihan pemenang adalah berdasarkan kepantasan dalam menyelesaikan Kiub 3x3 dan juga keadaan permukaan. Setiap permukaan mesti mempunyai warna yang sama.

  12. Sebarang isu yang tidak dapat diterima dalam pertandingan akan dibincangkan dalam jawatankuasa teknikal pertandingan sebelum sebarang keputusan diumumkan. Keputusan para Hakim dan Pegawai Teknikal semasa dan selepas pertandingan adalah muktamad.